Sunday, April 25, 2010

ibu....

bu..adik cuma nak bertanya ya..
rasanya ibu takkan mampu nak menjawab..
ibu ingat 14feb tak?
malam itu ibu ada janji temu..
ibu jumpa jejaka tuh..
ibu kata dia cintakan ibu..
benarkah ibu???

dia puji dan puja ibu..
dia rayu dan belai ibu..
katanya cintanya hanya untuk ibu...
benarkah ibu???

ibu terkhayal dengan bujukannya..
ibu terbuai dalam bicaranya..
ibu terlena oleh bisikannya..
benarkah ibu???

ibu tak kesah dia peluk ibu..
ibu izin dia peluk jasad ibu..
ibu puas dapat buktikan setia ibu..
macam dia kata..mahu bukti cinta dari ibu..
tapi benarkah ibu???

masa berlalu..
hari ini lepas 9bulan..
pohon yang ibu dan lelaki itu tanam sudah membuahkan hasil..
hari ini buah cinta kalian telah terzahir..
hari ini bukti kasih jejaka itu telah lahir..
tapi..benarkah ibu???

kenapa dia tidak sama menyambut kami?
kenapa dia telah pergi tidak mengazankan kami?
mengapa ibu pon benci kami?
sedangkan inilah semaian cinta kalian..
mengapa ibu?

adik cuma nak tanya ya ibu..

mengapa setelah adik lahir tanda setia dan cinta ibu pada jejaka itu..

dibuang dan tidak dihargai sebegini..
apakah dosa adik diperlakukan sebegini..
lebih muliakah kelahiran anak kucing hasil cinta si jantan pada si kucing betina???
daripada kelahiran adik didunia ini?

hina sangatkah kelahiran adik?
kenapa sehina ini tanda cinta ibu pada si jejaka itu???

adik tidak minta disanjung setinggi bulan dan bintang..
cukuplah sekadar menghargai kehadiran adik..

sebagai HAMBA ALLAH yang bakal menyambung kesinambungkan UMAT MUHAMMAD
di muka bumi milik ALLAH ini..

ingatlah ibu..MATI adalah PASTI bagi UMAT di muka bumi ini..

No comments:

Post a Comment